suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Empat Maut Dalam Kemalangan Kapal Angkut

KEELUNG (Taiwan): Seramai empat orang anak kapal disahkan maut dan enam yang lain masih hilang selepas pasukan penyelamat menyelamatkan 11 orang daripada kapal pengangkut yang terbabas berdekatan kawasan pelabuhan dekat utara Taiwan, Keelung pada Isnin, demikian menurut sumber rasmi.

Kemalangan tersebut menimbulkan kerisauan daripada jabatan hal ehwal persekitaran kerana beratus tan minyak mungkin bocor daripada kapal pengorek kerikil yang terbelah dua disebabkan ombak besar itu.

Kapal bernama Juis Hsing bertolak dari Keelung untuk ke wilayah Fujian, China, kata Pusat Arahan Penyelamat Kebangsaan Taiwan.

"Kerja menyelamat dan mencari akan diteruskan walaupun dalam keadaan cuaca buruk," kata seorang pegawai dari badan tersebut kepada pemberita.

Dua orang anak kapal yang terkorban adalah dari Taiwan, seorang dari Myanmar dan seorang dari Indonesia. -AFP

Artikel Lain