suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anggota Militan Muslim Paling Dikehendaki Ditahan Polis Indonesia

PADANG: Skuad anti-keganasan Indonesia telah menahan salah seorang ahli kumpulan militan Muslim yang paling dikehendaki atas tuduhan komplot serangan bunuh diri.

Ketua polis tempatan Lt. Kol. Lufti Martadian pada Ahad berkata, Beni Asri ditangkap tanpa pergelutan pada Jumaat berhampiran rumah orang tuanya di Solo, wilayah Sumatera Barat.

Katanya, Asri diterbangkan ke Jakarta sejurus penangkapannya selepas didakwa membantu dalam komplot serangan bunuh diri di gereja di Solo, Jawa Tengah pada 25 September lalu yang mencederakan 22 orang awam yang sedang beribadat.

Lelaki berusia 26 tahun itu juga adalah salah seorang daripada lima suspek yang didakwa terlibat dalam komplot letupan bunuh diri pada April lalu yang mencederakan 30 pegawai polis yang sedang menunaikan solat di sebuah masjid di Cirebon, Jawa Tengah. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain