suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

18 Mayat Mangsa Nahas Pesawat Indonesia Ditemui

BAHOROK, Indonesia: Mayat 18 penumpang dan anak kapal pesawat yang terhempas di pergunungan di barat Indonesia ditemui dalam bangkai pesawat itu pada Sabtu.

Pesawat rekaan Sepanyol, CASA C-212 itu hilang hubungan dengan menara kawalan awal pada Khamis ketika dalam perjalanan dari Sumatera Utara ke Aceh.

Beberapa minit kemudian ia menghantar isyarat kecemasan dan hilang daripada radar.

Awal pagi Sabtu, 13 anggota penyelamat diturunkan ke kawasan nahas itu dengan tali dari sebuah helikopter.

“Mereka menemui mayat yang masih terikat dengan tali pinggan keledar pada tempat duduk," kata ketua pasukan mencari dan menyelamat, Sunarbowo Sandi.

Mayat itu termasuk 18 penumpang dan empat anak kapal. Empat daripada mangsa adalah kanak-kanak. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain