suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Belas Maut Di Hab Pelancongan Mexico

Mexico: Sekurang-kurangnya 12 orang ditembak mati dekat dua kawasan tumpuan pelancongan popular Mexico di dua buah negeri yang sering berlaku kekecohan berkaitan aktiviti penyeludupan dadah, demikian menurut pihak berkuasa.

Di salah satu hab pelancongan antarabangsa, Mazatlan, sekumpulan lelaki bersenjata membunuh lima orang yang berada dalam sebuah kenderaan.

Saksi memberitahu polis bahawa suspek ada mengatakan sesuatu sebelum melepaskan tembakan terhadap tiga mangsa lelaki dan dua mangsa wanita.

Sementara itu di negeri Guerrero, tujuh mayat yang badan mereka penuh dengan peluru dijumpai pada Ahad di sebuah resort dekat Zihuatanejo, kata polis tempatan.

Nota ugutan ditinggalkan berdekatan mayat oleh sebuah geng penyeludup dadah yang dikenali sebagai kumpulan La Familia. -AFP

Artikel Lain