suria

Penguin Sesat Akan 'Tumpang' Kapal Penyelidikan Pulang Ke Antartik

Happy Feet, penguin sesat yang dijumpai di pantai New Zealand sedang diberi rawatan tidak berapa lama dahulu setelah menelan pasir yang disangkanya salji.
Happy Feet, penguin sesat yang dijumpai di pantai New Zealand sedang diberi rawatan tidak berapa lama dahulu setelah menelan pasir yang disangkanya salji.
Happy Feet, penguin sesat yang dijumpai di pantai New Zealand sedang diberi rawatan tidak berapa lama dahulu setelah menelan pasir yang disangkanya salji.

WELLINGTON: Seekor penguin jenis Emperor yang sesat dan tersadai di pantai New Zealand sejak lebih sebulan yang lalu akan "dihantar" balik ke pinggir perairan Antartik pada 29 Ogos ini menggunakan kapal penyelidikan saintifik, demikian menurut Zoo wellington, Rabu.

Penguin jantan dewasa gergasi yang dinamakan "Happy Feet" itu dijumpai berlegar-legar dekat sebuah pantai berhampiran Wellington Jun lalu dan dibawa ke zoo untuk dirawat sehingga pulih setelah ia didapati jatuh sakit selepas memakan pasir dan ranting kayu.

Penguin itu memakan pasir dan ranting kayu kerana menyangkakan ia adalah salji. Adalah menjadi kebiasaan untuk penguin menelan salji sebagai sebahagian daripada dietnya.

Ketua Eksekutif Zoo Wellington, Karen Fifield berkata, rancangan untuk membawa penguin jenis Emperor yang kedua direkodkan dijumpai di New Zealand itu pulang ke tempat asalnya telah diputuskan.

Fifield berkata, kapal milik National Institute of Water and Atmospheric Research (NIWA) bernama 'Tangaroa' akan berlepas dari Wellington pada 29 Ogos untuk membuat penyelidikan perikanan di lautan Antartik akan membawa penguin itu bersama.

Dari situ, para saintis berharap Happy Feet akan berjaya berenang pulang ke Antartik yang menjadi kawasan habitat semulajadi penguin Emperor dengan koloni yang berjumlah daripada beberapa ratus kepada lebih daripada 20,000 pasang penguin.

Semasa dalam perjalanan di atas kapal, haiwan itu akan ditempatkan di dalam tong luas yang direka khas untuk memastikannya berada dalam keadaan sejuk dan selesa dengan seorang doktor haiwan dan dua pekerja NIWA ditugaskan menjaganya.

Penguin itu akan dipasang alat jejak satelit sebelum dilepaskan supaya para penyelidik dan orang ramai boleh mengetahui perkembangannya melalui laman web zoo.

Happy Feet dikatakan memakan pasir kerana menyangka ia adalah salji dalam usahanya untuk menyejukkan badan namun perutnya tersumbat dan terpaksa dibedah bagi mengeluarkan pasir.

Diet makanan yang diberi di zoo menambahkan berat badan Happy Feet sebanyak empat kilogram kepada 26 kilogram dan memberikannya bekalan tenaga yang cukup untuk berenang pulang sejauh 2,000 kilometer jauh.

Kemunculan Happy Feet di pantai New Zealand masih dianggap misteri walaupun pakar mengatakan penguin jenis Emperor berenang bebas di laut lepas Antartik pada musim panas dan Happy Feet mungkin berenang terlalu jauh berbanding sepatutnya. -AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain