suria

Lagi Seorang Terkorban Zionis Serang Palestin

GAZA: Seorang penduduk Palestin terbunuh manakala tujuh yang lain cedera dalam beberapa serangan udara yang dilakukan rejim Zionis di Genting Gaza pada malam Isnin.

"Seorang belia, Musa Shtawe, 29, meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya selepas serangan di bandar Gaza," kata seorang jurucakap badan perkhidmatan kecemasan, Adham Abu Selmiya.

Abu Selmiya berkata tujuh lagi mangsa tercedera dalam sekurang-kurangnya empat serangan udara yang dilakukan Israel di seluruh Gaza.

Menurut pasukan tentera Israel, serangan tersebut adalah serangan balas selepas sebuah roket didakwa dilancarkan dari kawasan Palestin ke wilayah yang didiami penduduk Israel. -AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain