suria

Indonesia Tarik Balik Pencalonan Taman Nasional Komodo

JAKARTA: Indonesia pada Isnin menarik balik pencalonan Taman Nasional Komodo daripada senarai 28 peserta akhir pemilihan untuk menjadi salah satu daripada Tujuh Keajaiban Baru Alam (New Seven Wonders of Nature).

Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Indonesia Jero Wacik yang mengumumkan perkara itu di sini Isnin, berkata keputusan itu dibuat kerana pihak pengajur didapati tidak profesional dalam urusan pemilihan itu.

Ia berkaitan polemik tentang penawaran kepada Indonesia menjadi tuan rumah acara pengisytiharan Tujuh Keajaiban Baru Alam itu dan ancaman oleh penganjur acara itu, New Seven Wonders Foundation, untuk menyingkirkan pencalonan Indonesia jika ia gagal membayar AS$10 juta sebagai "yuran lesen menjadi tuan rumah" selain menyiapkan AS$35 juta untuk kos penganjuran acara itu.

Wacik berkata pencalonan Indonesia dan tawaran yayasan itu untuk menjadikan Indonesia sebagai tuan rumah merupakan dua perkara yang berbeza dan kedua-duanya tidak harus dikaitkan.

Menteri itu menegaskan bahawa penarikan diri Taman Nasional Komodo daripada pencalonan itu tidak menjejaskan statusnya sebagai warisan dunia, yang diakui oleh Unesco pada 1991. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain