suria

Tujuh Maut Serangan Bom Sebelum Berbuka Puasa

KANDAHAR (Afghanistan): Seramai tujuh orang awam terbunuh manakala lapan orang yang lain cedera pada Selasa dalam satu letupan bom yang berlaku di sebuah pasar di sini.

Letupan itu berlaku di Uruzgan pada pukul 6.30 petang waktu tempatan ketika umat Islam sedang membuat persiapan untuk berbuka puasa.

"Dalam kejadian ini, lapan orang yang cedera dihantar ke hospital dan kami mendapat maklumat seramai tujuh orang terbunuh," kata Pengarah Kesihatan Uruzgan, Khan Aqa Myahkhel

Pengarah Majlis Perbandaran Wilayah, Amanullah Hotaki mengesahkan butiran kejadian.

Kumpulan Taliban tidak dapat dihubungi untuk memberi penjelasan sama ada mereka terlibat dalam serangan ataupun tidak.

Menurut rekod Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), seramai 1,462 orang awam terbunuh dalam tempoh enam bulan pertama tahun 2011 dan jumlah itu dikatakan meningkat sebanyak 15% berbanding tempoh yang sama tahun lepas dengan 80% daripada jumlah kematian itu didakwa berpunca daripada serangan militan. -AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain