suria

100 Buah Rumah Dibakar Di Timor Timur

DILI: Sekumpulan ahli seni mempertahankan diri mengamuk dan membakar sekurang-kurangnya 100 buah rumah di sebuah pekan di Timor Timur, pada Isnin, selepas seorang daripada ahli mereka mati ditikam.

Lebih daripada 100 rumah serta kenderaan dibakar dalam rusuhan di Zumalai, selatan Timor Timur, kata seorang anggota polis yang enggan dikenali.

Katanya, keganasan tersebut berpunca dengan kejadian seorang ahli kumpulan yang juga merupakan perisik polis, maut ditikam di pekan tersebut Ahad lalu.

"Tiga orang kini berada dalam tahanan polis. Keadaan keselamatan juga berjaya dikawal," katanya. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain