suria

Empat Militan Terbunuh AS Lepas Peluru Berpandu

MIRANSHAH (Pakistan): Sekurang-kurangnya empat orang anggota pemberontak terbunuh pada Selasa apabila sebuah pesawat tempur kawalan jauh milik tentera Amerika Syarikat(AS) menyerang sebuah kawasan penempatan, kata sumber rasmi.

Pesawat tersebut melepaskan dua peluru berpandu yang mengenai sebuah kediaman dan sebuah kenderaan di Miranshah yang merupakan pekan utama wilayah Waziristan Utara, beritahu seorang pegawai kanan keselamatan.

Menurut pegawai tersebut dua lagi anggota militan mengalami kecederaan dengan seorang pegawai keselamatan dan seorang pegawai perisikan mengesahkan serangan dan jumlah kematian.

Identiti anggota pemberontak yang terbunuh masih tidak dapat dipastikan.

Peluru berpandu tersebut dilepaskan ke arah pekan utama yang berdekatan dengan sebuah sekolah perempuan pada waktu sebelum subuh.

AS tidak mengesahkan secara terbuka mengenai serangan yang dilakukan tersebut namun tentera AS dan Agensi Perisik Pusat (CIA) di Afghanistan sahaja yang mempunyai pesawat tempur kawalan jauh di wilayah tersebut. -AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain