suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tanah Runtuh Di Selatan Filipina Ragut Tiga Nyawa

ZAMBOANGA (Philippines): Tiga penduduk tempatan terbunuh dalam kejadian tanah runtuh dekat sebuah perkampungan pedalaman di Selatan Filipina.

Gabenor kawasan Compostela Valley, Arturo Uy berkata empat penduduk lain mengalami kecederaan dalam peristiwa yang berlaku pada hari Rabu dekat pekan New Bataan itu.

Uy berkata pada Khamis bahawa kumpulan menyelamat mengambil masa beberapa jam mengharungi kawasan pedalaman tersebut untuk mengeluarkan mayat mangsa daripada kawasan berbukit bukau tersebut.

Kebanyakan penduduk di situ merupakan penggali emas yang hidup miskin dan sanggup tinggal di kawasan berbukit bukau yang curam itu untuk mencari rezeki.

Mereka juga tidak menghiraukan amaran mengenai aktiviti perlombongan haram di situ kerana mengatakan bahawa mereka sanggup merempuh bahaya daripada mati kelaparan. -AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain