suria

Ikan Lumba-Lumba Irrawaddy Diancam Kepupusan

Ikan lumba-lumba Irrawaddy diancam kepupusan.
Ikan lumba-lumba Irrawaddy diancam kepupusan.
Ikan lumba-lumba Irrawaddy diancam kepupusan.

TOKYO: Ikan lumba-lumba Irrawaddy diancam kepupusan dengan populasinya hanya tinggal sebanyak 85 ekor di Sungai Mekong dan anak-anak ikan lumba-lumba pula mengalami kesukaran dalam kelansungan hidup.

Perkara tersebut diberitahu oleh Kumpulan Pemuliharaan Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF) pada Rabu.

Ikan lumba-lumba Irrawaddy mendiami sebahagian kawasan seluas 190 km di Sungai Mekong, iaitu antara Kratie, Cambodia dan kawasan Khone Falls di sempadan Laos.

Peralatan memancing terutamanya jaring ikan dan beberapa peralatan memancing yang diharamkan seperti bahan letupan, racun juga bahan kuasa elektrik didakwa menjadi punca berkurangnya jumlah ikan lumba-lumba di kawasan itu.

Kaji selidik yang dijalankan WWF daripada tahun 2007 hingga ke 2010 menunjukkan populasi ikan lumba-lumba Irrawaddy menurun sedikit demi sedikit.

"Terdapat bukti bahawa anak-anak ikan lumba-lumba mengalami kesukaran untuk mencapai alam dewasa dengan ikan lumba-lumba yang tua kemudiannya mati tidak berganti," kata Pengarah Freshwater Programme WWF, Li Lifeng,

"Populasi kecil ini di ambang bahaya kerana jumlahnya yang sedikit.

"Dengan penggunaan jaring ikan dan kelangsungan hidup yang sukar bagi anak-anak ikan lumba-lumba, kami sangat bimbang tentang masa hadapan haiwan ini," katanya.

Walaupun ikan lumba-lumba Irrawaddy dilindungi undang-undang, kajian mendapati bahawa populasi haiwan itu adalah sangat kecil di sebuah kawasan perairan di sempadan Kemboja-Laos dengan kira-kira tujuh atau lapan ekor sahaja dicatatkan.

WWF menyeru kerajaan Kemboja untuk membuat satu kertas kerja yang jelas untuk melindungi ikan lumba-lumba Irrawaddy termasuklah langkah-langkah mengharamkan penggunaan jaring ikan jika diperlukan. "Peluang terbaik kami untuk menyelamatkan spesis haiwan ini daripada diancam kepupusan di

Sungai Mekong melalui pemuliharaan yang dijalankan bersama," kata Li. Ikan lumba-lumba pernah hidup dari muara sungai Mekong di Vietnam hinggalah ke Tonle Sap di Kemboja dan anak-anak sungai menghala ke Laos.

Namun haiwan tersebut dibunuh oleh tentera dan digunakan untuk mendapatkan minyak yang terhasil daripadanya.

Ikan lumba-lumba Irrawady juga dijumpai di kawasan pantai di Asia Selatan dan Asia Tenggara termasuklah di tiga sunagi iaitu Sungai Mekong, Sungai Ayeyarwady di Myanmar dan Sungai Muhakam di Kalimantan, Indonesia. -REUTERS

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain