suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penduduk Terkorban Gaza Dihujani Serangan Udara

GAZA: Seramai enam orang warga Palestin terbunuh di Rafah dalam serangan menggunakan pesawat perang yang dilakukan Israel, Khamis.

Kejadian tersebut merupakan serangan balas terhadap satu serangan yang didakwa dilakukan kumpulan pemberontak Palestin yang menggunakan bom tangan dan senapang yang membunuh lapan orang warga Israel dan mencederakan sekurang-kurangnya 26 orang yang lain.

Empat warga Palestin yang terbunuh merupakan anggota kanan Popular Resistance Committees (PRC) namun seorang lagi mangsa adalah kanak-kanak dan mangsa keenam tidak dapat dikenalpasti.

PRC mengesahkan kematian ketua dan beberapa anggotanya dan berjanji akan melancarkan serangan balas.

Sementara itu, seorang anggota polis Mesir dan dua askar kerahan terbunuh apabila sebuah pesawat Israel melancarkan serangan roket terhadap kumpulan pemberontak yang dijejakinya di kawasan sempadan Mesir, kata pihak keselamatan mesir. -AFP

Artikel Lain