suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kanak-Kanak Perempuan Mati Diserang Anjing Jiran

MELBOURNE: Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dibunuh oleh anjing jiran yang terlepas ke rumahnya dekat pinggir bandar Melbourne, demikian menurut polis.

Superintendan Graham Kent berkata anjing jenis pitbull itu memasuki rumah di mana Ayen Chol bersama kanak-kanak lain sedang menonton televisyen pada petang Rabu dan menyerang mereka.

Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dan seorang wanita, 30 juga mengalami kecederaan. Chol bagaimanapun meninggal dunia di tempat kejadian.

Sepupu Chol, Daniel Atem berkata wanita yang mengalami kecederaan itu berada di luar rumah sebelum anjing itu menyerangnya dan menyebabkan dia berlari ke dalam rumah.

Menurut Atem, anjing itu kemudiannya menyerang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun itu.

Ibu Chol kemudian cuba memberhentikan serangan ajing itu kemudian ia menyerang Chol yang sedang memegang kaki ibunya.

Kent berkata anjing itu akan dibunuh dan pemiliknya mungkin akan dikenakan tindakan.

Kanak-kanak malang itu merupakan seorang pelarian dari Sudan. -AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain