suria

Coco Chanel: Pereka Fesyen Dan Perisik Jerman

Bukan sahaja seorang pereka fesyen yang disegani, Coco Chanel juga seorang perisik untuk tentera Jerman.
Bukan sahaja seorang pereka fesyen yang disegani, Coco Chanel juga seorang perisik untuk tentera Jerman.
Bukan sahaja seorang pereka fesyen yang disegani, Coco Chanel juga seorang perisik untuk tentera Jerman.

NEW YORK: Pereka fesyen Perancis, Coco Chanel pernah menjadi perisik untuk tentera Nazi semasa penaklukan Jerman di Perancis dalam Perang Dunia Kedua.

Perkara tersebut dibongkarkan dalam sebuah buku berjudul "Sleeping with the Enemy: Coco Chanel's Secret War" yang baru diterbitkan dan dijual pada hari Selasa.

Buku yang ditulis oleh Hal Vaughan itu berkisarkan tentang bukti yang selama ini diperkatakan bahawa pereka ikon itu menjalani dua kehidupan berlainan dan merupakan kekasih kepada seorang perisik, Baron Hans Gunther von Dincklage.

"Sleeping with the Enemy memberitahu bagaimana Coco Chanel menjadi perisik Jerman, bagaimana dan kenapa beliau disenaraikan dalam beberapa misi intipan, juga bagaimana beliau terlepas daripada ditahan di Perancis," kata penerbit New York, Knopf.

Kayra Vaughn itu bukan sahaja membongkarkan bahawa Chanel direkrut masuk ke dalam organisasi perisikan tentera Abwehr, malah memberitahu von Dincklage sendiri adalah "perisik utama Nazi".

Menurut buku itu lagi, Chanel juga merupakan seorang anti Semitik (anti Yahudi) walaupun dia tidak lantang bersuara dalam kalangan teman senegerinya.

Chanel, seorang anak yatim yang kemudiannya menjadi pereka fesyen yang mencetus revolusi berpindah ke Switzerland selepas perang sebelum kembali semula ke Paris untuk memulakan karier dalam fesyen.

Beliau tidak pernah didakwa dengan mana-mana kesalahan dan meninggal dunia pada tahun 1971. -AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain