suria

Serangan Bom Korbankan 48 Orang Nyawa Di Masjid Pakistan

PESHAWAR, Pakistan: Seorang pengebom berani mati meledakkan bom semasa solat Jumaat di sebuah masjid berdekatan sempadan Afghanistan, sekali gus mengorbankan 48 orang nyawa.

Menurut seorang pegawai keselamatan, serangan itu mungkin mensasarkan warga emas yang anti-Taliban ketika mereka bersolat di masjid yang terletak di Ghundi, semasa bulan Ramadan.

Golongan militan sering menyerang puak yang bersuara atau mengangkat senjata api menentang mereka di wilayah sempadan yang dikuasai pihak Taliban dan al-Qaeda.

Perselisihan antara puak-puak yang memberontak menyebabkan pertumpahan darah di situ.

Lebih 35,000 orang terkorban dalam keganasan yang dicetuskan oleh golongan militan sejak 2007 dengan masjid, pasar dan hotel sering menjadi sasaran.

Bagaimanapun serangan itu amat mengejutkan kerana ia berlaku pada hari yang paling suci dalam seminggu dan juga pada bulan yang paling suci.

"Sesiapa yang melakukan serangan ini pada bulan Ramadan yang suci ini tidak boleh mengaku dirinya beragama Islam," kata Saleem Khan yang berada di lokasi insiden dan terselamat dalam serangan bom itu. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain