suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Empat Serangan Bom Ragut Tiga Nyawa

KABUL (Afghanistan): Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh dalam serangan bom berani mati yang dilakukan di sebuah pusat kebudayaan Britain, The British Council di sini, Jumaat.

Empat letupan berlaku di banggunan pejabat The British Council dan kejadian tembak menembak juga dilaporkan berlaku dalam banggunan tersebut.

Polis berkata dua serangan bom pertama dilakukan oleh pengebom berani mati.

Menurut Ketua Penyiasatan Jenayah Kabul, Mohammad Zahir jumlah kematian mungkin bertambah kerana penyerang masih berada di dalam kawasan kejadian semasa berita dilaporkan.

Jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid mengakui kumpulan itu bertanggungjawab di atas serangan tersebut yang dikatakannya sebagai satu tanda sambutan hari kemerdekaan Afghanistan daripada jajahan Britain.

Kejadian dikatakn bermula pada pada sekitar 5.45 pagi dengan dua bunyi letupan kedengaran selang 10 minit. -AFP

Artikel Lain