suria

Sony Lakukan Pengstoran Semula Qriocity Kecuali Di Jepun

TOKYO: Sony mengumumkan, syarikat itu akan menstorkan semula semua kandungan muzik digital, Qriocity dan pengedaran video di seluruh negara kecuali Jepun pada Khamis selepas kedua-dua aplikasi tersebut dan Playstation Network dihentikan pada April ekoran serangan penggodam.

Bagaimanapun, syarikat itu memberitahu, pengumuman berhubung pengstoran semula perkhidmatan Qriocity di Jepun akan dibuat selepas ia sedia digunakan.

Sony sudah melakukan pengstoran semula perkhidmatan PlayStation Network di seluruh negara kecuali Jepun, Hong Kong dan Korea Selatan yang membolehkan pengguna di Amerika, Eropah dan Asia untuk membeli dan memuat turun permainan video secara talian.

Sony diserang dalam satu kes pencerobohan besar-besaran ke atas data sejak kemunculan Internet yang menyebabkan kecurian data peribadi melibatkan 100 juta akaun.

Pencerobohan kedua melibatkan serangan ke atas laman web di Greece, Thailand dan Indonesia termasuk laman syarikat telefon bimbit Sony Ericsson di Kanada.

Dalam perkembangan terbaru, Sony Marketing mengumumkan pada Khamis bahawa individu tidak dikenali telah mencuri mata ganjaran dari Sony dari beberapa akaun pelanggan dengan menggunakan alamat emel mereka.

Individu terbabit dipercayai mengubah mata ganjaran bernilai 280,000 yen (RM10,551.17) untuk mendapatkan kupon membeli-belah produk Sony.

Sebanyak 95 alamat emel terlibat dalam kes itu tetapi Sony memberitahu tiada kesan berhubung pencerobohan maklumat peribadi termasuk emel dan kata laluan dari syarikat.

Seorang jurucakap Sony berkata, tiada bukti yang menunjukkan kawalan keselamatan syarikat itu diceroboh tetapi jumlah mata ganjaran yang dicuri masih lagi dalam siasatan.

Artikel Berikut

13 Maut Banjir Di Haiti

Artikel Lain