suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rangkaian Pasaraya Metro Jerman Mahu Tembusi Indonesia

BERLIN: Rangkaian pasar raya terkemuka Jerman, Metro mengesahkan pada Jumaat yang mereka berhasrat untuk membuka sehingga 20 cawangan di seluruh Indonesia tidak lama lagi.

Langkah pertama ialah dengan membuka cawangan di Jakarta, kata Metro dalam satu kenyataan.

Untuk itu, Metro telah pun menandatangani kerjasama dengan rakan kongsinya dari Indonesia iaitu Sintesa Holding.

Metro bagaimanapun tidak akan beroperasi atas nama tersebut di Indonesia kerana sudah terdapat jenama menggunakan nama yang sama.

Mereka akan beroperasi atas satu nama baru yang masih belum ditentukan lagi.

Metro Jerman sudahpun beroperasi di 34 buah negara di seluruh dunia dengan lebih 700 setor.

Artikel Sebelum

Turki Jamin Bantu Gaddafi

Artikel Lain