suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Turki Jamin Bantu Gaddafi

TRIPOLI: Turki menawarkan Presiden Libya, Muammar Gaddafi jaminan untuk meninggalkan Libya namun tawaran itu belum dibalas beliau.

Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan mengatakan kerajaannya telah menawarkan satu jaminan jalan keluar untuk pemimpin Libya itu yang pemerintahannya cuba dihentikan oleh puak pemberontak sejak Februari yang mahukan pembaharuan dalam kepimpinan negara itu.

"Gaddafi tidak mempunyai pilihan lain selain meninggalkan Libya - dengan satu jaminan yang diberi kepadanya," kata Erdogan dalam satu rancangan televisyen saluran NTV.

"Kami telah menwarkan kepadanya jaminan ini. Kami juga memberitahu akan membantu menghantar beliau ke mana sahaja yang diingini," tambahnya tanpa mengulas lebih lanjut.

"Bergantung kepada jawapan yang akan kami terima daripada beliau, kami akan membincangkan isu ini bersama sekutu kami (NATO) namun kami masih belum mendapat sebarang jawapan daripada beliau."

Erdogan memberi penjelasan tersebut sehari selepas satu pertempuran maut berlaku di Misrata, wilayah barat Libya yang dikuasai pemberontak.

Pihak pemberontak memberitahu tentera penyokong Gaddafi membunuh 20 orang dalam satu serangan ganas dekat Misrata.

Menurut seorang anggota pemberontak, tentera Gaddafi telah mengebom daerah Dafnia dekat pinggir wilayah Misrata dengan menggunakan roket, meriam dan kereta kebal.

"Seramai 20 orang awam dan juga anggota pemberontak terkorban dan lebih daripada 80 orang tercedera," tambahnya lagi. -AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain