HANNOVER: Jerman yang bakal menjadi tuan rumah kepada Pameran Perindustrian Hannover mulai 4 April ini, menunjukkan minat terhadap negara-negara yang menyediakan tenaga termasuk Malaysia, yang boleh menawarkan tenaga solar.Malaysia mengambil bahagian pada pameran Hannover itu dengan kontinjen 16 peserta pameran, bersama-sama peserta dari China, India, Taiwan, Jepun dan Korea Selatan, dan akan mempamerkan kekuatannya dalam sektor perkhidmatan tenaga, bekalan perindustrian serta penyelidikan dan pembangunan. Minat Jerman dalam sektor tenaga Malaysia juga dibuktikan daripada pemantauan industri terhadap perubahan yang berlaku di anak syarikat Q-Cells dari Jerman di Malaysia yang berpangkalan di Selangor.Menurut pakar Jerman, Malaysia menjalankan kerja perintis dalam bidang pengeluaran tenaga solar.Walaupun Jerman tidak mempunyai loji pengeluaran tenaga solar yang besar, kekuatannya adalah dalam pengeluaran tenaga angin.Oleh itu, semasa menghadiri pameran Hannover ini, saintis dan penyelidik teknologi dari institusi pendidikan Malaysia boleh meninjau kemudahan penghasilan tenaga angin ini.Banyak pakar Jerman dan Malaysia bersetuju bahawa gabungan kepakaran Jerman dalam penghasilan tenaga angin dengan sumber tenaga solar Malaysia dan kemudahan yang ada boleh menghasilkan "sinergi hebat" yang boleh memberi faedah kepada kedua-dua pihak.Kejadian letupan di reaktor Jepun susulan kejadian gempa bumi dan tsunami, membuktikan keperluan segera mencari sumber tenaga alternatif."Sudah tentu, ia bukan seperti kopi segera di mana hanya perlu air panas dituang ke dalam serbuk kopi dan menghasilkan kopi. Kita memerlukan kepakaran dan penyelidikan dan pembangunan yang bertahun-tahun sebelum sebarang sasaran boleh diwujudkan," kata penyelidik yang berpangkalan di Frankfurt yang melawat Malaysia.Tetapi beliau berkata, krisis Jepun itu menyediakan pendorong kukuh untuk penyelidikan bagi sumber alternatifnya."Momentum amat kukuh dan anda akan menyaksikan perubahan yang ketara antara syarikat-syarikat Jerman dan Asia, termasuk dari Malaysia, mengenai kerjasama tenaga," katanya.Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) dan Kulim Technology Park Corporation bersama-sama mengetuai kontinjen peserta pameran Malaysia.Tiga seksyen pameran berkenaan iaitu bekalan perindustrian, tenaga serta penyelidikan dan teknologi, bersedia untuk menarik minat syarikat Malaysia.Pameran Perindustrian Hannover yang dikatakan sebagai pameran perindustrian terbesar, dijangka menarik lebih 6,000 peserta pameran dan 200,000 pelawat perdagangan.Monika Brandt, pengendali media antarabangsa di Deutsche Messe AG, penganjur pameran perdagangan itu memberitahu Bernama selain Malaysia, terdapat kontinjen dari negara Asia yang lain."Perancis merupakan rakan negara pada acara tahun ini," kata Brandt.Peserta Malaysia mendapat sokongan daripada Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia dan Lembanga Kemajuan Pelaburan Malaysia.Penyertaan ini akan merupakan kali ke-16 bagi Malaysia pada pameran Hannover sejak ia bermula pada 1947. - BERNAMA