suria

Angka Rasmi Kematian Akibat Tsunami & Gempa Jepun 9,700 Orang

OSAKA: Mangsa kematian akibat tsunami dan gempa bumi yang melanda Jepun dua minggu lalu telah direkodkan seramai 9,700 orang sehingga semalam, demikian lapor Agensi Polis Persekutuan.

Agensi tersebut juga melaporkan bahawa setakat ini 16,501 disahkan hilang dan 2,766 dicatatkan sebagai mangsa yang tercedera dalam kejadian pada 11 Mac lalu itu.

Malapetaka itu adalah yang terburuk dalam sejarah Jepun sejak 1923 apabila lebih 142,000 orang terbunuh dalam gempa bumi Kanto.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain