suria

Pemimpin-pemimpin Dunia Digesa Hadiri Sidang Kemuncak Perubahan Iklim

DUBAI: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Ban Kimoon menggesa semua ketua negara dan kerajaan supaya menghadiri hari penutup persidangan perubahan iklim di Copenhagen bulan depan.

Persidangan yang bermula pada 7 Disember itu disasarkan untuk mencapai kata sepakat mengenai inisiatif susulan kepada Protokol Kyoto 1997.

Persidangan itu akan membawa kepada tahap perhimpunan sidang kemuncak pada 17 dan 18 Disember.

Jurucakap PBB dalam satu kenyataan berkata Ban merasakan pembabitan terus ketua negara dan kerajaan adalah penting bagi membolehkan kerajaan-kerajaan dunia mencapai persetujuan mengenai isu utama yang berkaitan dengan usaha menangani perubahan iklim global.

"Pihak Setiausaha Agung (PBB) percaya adalah penting untuk mengekalkan momentum politik di peringkat tertinggi, dan dari semua sektor masyarakat," menurut kenyataan itu.

Katanya Ban optimis bahawa satu rancangan menangani perubahan iklim yang adil, mantap, dan efektif akan dapat dicapai di Copenhagen nanti. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain