suria

"Syafiq Kyle pun pernah viral" - Alif Muhamin ikut jejak cara tutup cerita panas

PELAKON baharu Alif Muhaimin menafikan dakwaan pernah meminta foto alat sulit daripada seorang wanita.

Menurut Alif, 25, ianya mungkin perbuatan individu yang tidak berpuas hati terhadapnya hingga sanggup menuduh dia melakukan perkara terkutuk itu.

"Mula-mula mengenai 'sex talk' dan kini fasal minta gambar pula. Saya pun tak tahu... mungkin mereka sengaja buat cerita.

"Saya nak berterus-terang itu bukan saya, mungkin ada orang sunting menggunakan aplikasi atau photoshop.

"Benda ni terjadi ketika saya tercalon sebagai Top 20 anugerah MeleTOP. Ia mungkin disebabkan sesetengah peminat apabila kita berhenti melayan, mereka akan marah," katanya kepada mStar.

Alif ditemui pada majlis Tayangan Perdana Ramadan Astro 2019 di Bukit Jalil pada malam Selasa.

Alif sebelum ini pernah terpalit beberapa kontroversi apabila didakwa pernah mempunyai perbualan mengajak beberapa wanita datang ke rumahnya untuk melakukan hubungan seks.

Alif Muhaimin


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi