"Wa punya bini masuk hospital lu tau ka?" - Samseng jalanan direman 3 hari - Video | mStar

"Wa punya bini masuk hospital lu tau ka?" - Samseng jalanan direman 3 hari

Diterbitkan: Rabu, 26 September 2018 1:56 PM

BALIK PULAU: Seorang lelaki yang terlibat dalam kes buli jalan raya di bulatan Bayan Indah dekat Queensbay Mall di Pulau Pinang direman selama tiga hari sehingga Jumaat ini.

Majistret Nur Azzuin Abdul Moati berkata, perintah reman terhadap suspek yang juga seorang operator kilang itu bertujuan membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat dan dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.

Video perlakuan suspek itu dimuat naik mangsa di Facebook hingga tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintenden, A. Anbalagan sebelum ini dilaporkan berkata, dalam kejadian pukul 6.50 petang Isnin lalu, mangsa diekori lelaki terbabit yang membunyikan hon beberapa kali sebelum dia bertindak memukul cermin sisi kereta mangsa.

"Tiba di lokasi kejadian, suspek berhenti di hadapan kereta mangsa dan menendang kereta yang dinaiki mangsa bersama isteri dan anaknya sambil memarahi mangsa sebelum merampas dua unit telefon bimbit milik isteri mangsa.

"Lelaki itu kemudian menarik rambut isteri mangsa yang cuba mengambil semula telefon bimbitnya. Jari isteri mangsa juga tercedera akibat kejadian itu," katanya seperti yang dilaporkan media.

Tags / Kata Kunci: PDRM , Buli jalan raya

iklan