Tiada alasan untuk lupa, sayangilah mereka! - Video | mStar

Tiada alasan untuk lupa, sayangilah mereka!

Diterbitkan: Jumaat, 14 September 2018 8:00 AM

KEGEMBIRAAN jelas terpancar di wajah mereka tatkala menyambut kehadiran kami, wakil kembara perpaduan bersama Plus Malaysia Berhad.

Walaupun pertama kali bersua muka, anak-anak yang kurang bernasib baik ini sangat ramah dan mudah mesra.

Sesuai dengan matlamat untuk menyemai semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia, tema Unity Through Connectivity dizahirkan menerusi kunjungan mesra ke tiga lokasi terpilih sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2018.

Lokasi yang dikunjungi ialah Pusat Jagaan Kanak-kanak Yatim dan Miskin Rukaiyah, di Kajang, Selangor; Pertubuhan Kebajikan Kanak-Kanak Seremban, Negeri Sembilan dan Kampung Orang Asli Sungai Bil, Slim River, Perak.

Selain aktiviti ramah mesra, Plus turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM3,000 kepada setiap destinasi yang dikunjungi bagi tujuan pembangunan pendidikan para penghuninya.

Bagi menyemarakkan lagi usaha memupuk semangat patriotik, Plus bekerjasama dengan sebuah pertubuhan dikenali sebagai sebagai Projek57 yang komited membina perpaduan rakyat Malaysia.

iklan