suria

Sebak pelajar hanya jamah bubur, bimbang fikir keberkesanan PdPR... dua guru atur strategi didik anak bangsa!

Siti Khadijah Anis (kiri) dan Zurina Shaari berkongsi kisah mengenai cabaran mengajar ketika pandemik.

KASIH seorang guru terhadap anak murid itu ibarat sayangnya ibu bapa kepada anak-anak mereka.

Besar harapan mereka untuk melihat pelajar yang dididik dapat menyerap segala ilmu agar pengetahuan diperolehi berupaya menjadikan mereka insan cemerlang pada masa hadapan.

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu tular kerana ‘Mustang terbang’ masuk parit, kini berjaya jual sejuta burger - “Macam mimpi angka itu berjaya dicapai”

ARTIKEL BERKAITAN: Berjaya namakan negara 147 bendera dalam 15 minit, budak 4 tahun pecah rekod MBOR... kini gigih menghafal nama planet

Bagaimanapun inisiatif Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang diguna pakai ketika ini untuk sesi persekolahan seluruh negara, pada hakikatnya menyimpan seribu kegusaran buat golongan ini dalam memastikan murid tidak tercicir dalam pelajaran.

Murid ibarat anak sendiri, telah dituduh makan gaji buta!

Zurina Shaari, 49, seorang guru dari Sekolah Kebangsaan Simpang Empat Sitiawan, Perak, berkata, sepanjang implementasi PdPR, ia satu perjalanan yang cukup mencabar kerana perlu memahirkan diri dalam penyediaan bahan menggunakan teknologi ICT.

Malah, keadaan pelajar yang terjejas, sering kali mengusik emosi dan naluri keibuannya.

Zarina

Zarina menganggap murid-murid adalah seperti anaknya sendiri.

“Anak-anak murid ini ibarat anak sendiri juga. Jadi apabila mendapat khabar ada dalam kalangan mereka yang terpaksa makan bubur nasi pada musim PKP dan PKPD terus mengalir air mata kerana memikirkan anak-anak didik terpaksa belajar dalam keadaan perut lapar.

“Mereka ini adalah golongan yang terjejas, setelah ibu bapa kehilangan kerja dan punca pendapatan. Kisah sebegini memberi kesan emosi sebagai guru yang mengajar,” katanya yang juga guru subjek Bahasa Melayu, Matematik dan Sains.

Apabila bercakap mengenai PdPR, lazimnya komentar ramai memberikan reaksi bahawa pelaksanaan ini kurang berkesan kepada pelajar. Kegagalan pelajar memberikan tumpuan, menyiapkan tugasan, tiada kemudahan komputer riba dan masalah internet, antara isu berbangkit.

Sehinggakan golongan guru atau pendidik turut terpalit dengan tohmahan ‘makan gaji buta’, namun kata-kata seperti itu tidak sedikit pun mematahkan semangat golongan pendidik seperti Zurina.

“Saya tak pernah putus asa. Saya cuba sampaikan sesi PdPR secara dua kaedah iaitu dalam talian dan luar talian. Sediakan modul bagi murid yang tidak mampu. Dengan harapan, semua murid berjaya sertai kelas walaupun saya terpaksa sediakan banyak kaedah,” ujarnya.

Mengajar PdPR mencabar

Sementara itu, Siti Khadijah Anis yang merupakan guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Aminah, Batu Pahat, Johor pula memberitahu cabaran sepanjang PdPR adalah dari segi kepuasan mengajar, yang mana pembelajaran secara dalam talian dan bersemuka menuntut pendekatan berbeza.

Ilmu melakukan pekerjaan dan ilmu menambah baik meningkatkan keberkesanan orang yang melakukan pekerjaan itu.

PROF DR MUHAYA MOHAMAD

“Saya mengajar Matematik dan mempunyai tiga kelas tingkatan lima. Pada saya bila kita sebagai guru yang mengajar kelas peperiksaan terutamanya bagi murid yang akan menghadapi SPM tekanannya memang lain.

“Setiap hari kena fikirkan cara yang terbaik untuk murid hantar kerja dengan mudah, kena study dahulu dan kuasai tajuk yang akan disampaikan kepada murid kerana tahun ini merupakan tahun pertama SPM dijalankan dengan format KSSM (format baharu), jadi kena fikir dan sediakan latihan-latihan yang menarik kepada murid supaya mereka tidak bosan dengan kelas yang dijalankan,” jelasnya.

Tambah pendidik berusia 36 tahun ini, pada masa sama, sebagai isteri dan ibu dia perlu menguruskan rumah tangga dan memantau PdPR anaknya yang baru sahaja di Tahun Tiga dan sememangnya memerlukan perhatian serta sokongan ibu bapa.

Akuinya, kesemua tugas itu membuatkan fizikal dan mental berasa penat namun dia sedar perlu bijak menguruskan emosi serta masanya dengan baik.

Prof Muhaya bangkitkan kembali semangat ketika pandemik

Untuk kekal positif, kedua-dua guru berjiwa kental ini turut menyertai Program Transformasi Diri Guru anjuran Muhayya Momentum baru-baru ini yang dikendalikan oleh speaker transformasi terkenal, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad yang lebih selesa membahasakan dirinya dengan panggilan bonda.

Zarina 2

Meskipun suasana sudah berbeza namun Zarina tetap bersemangat dalam memberi ilmu kepada anak bangsa.

Zurina dan Siti Khadijah memberitahu dalam situasi ketika ini, mereka perlu mempersiapkan mental dan fizikal dalam menghadapi sistem pembelajaran yang mencabar.

“Program Transformasi Diri Guru ini bukan sahaja dapat meningkatkan motivasi diri, bahkan melengkapkan nilai kerohanian yang tinggi dalam diri dan berjaya merubah diri ini menjadi insan sentiasa positif dan berjiwa besar. Malahan sentiasa memohon maaf dan minta dihalalkan ilmu serta waktu pengajaran dengan anak-anak didik,” kata Zurina.

Sementara Siti Khadijah meluahkan kelegaan apabila memutuskan untuk menyertai program ini yang berjaya mengembalikan semangatnya yang sedikit pudar gara-gara tekanan pandemik Covid-19.

“Sememangnya dengan izin Allah, setelah saya sertai program ini sekurang-kurang memberi saya rasa gembira, bersemangat dan yakin apa yang perlu dilakukan. Paling saya ingat, bonda ada sebut kerisauan yang ada diubah kepada doa. Sebab hati murid-murid kita Allah yang pegang.

“Kenapa perlu risau murid kita masuk kelas online ke tidak? Hantar kerja ke tidak? Apa yang bonda katakan semasa program ini antara yang paling memberi kesan dalam hati dan diri saya, doakan murid-murid kita semoga dibukakan pintu hati mereka. Saya akui kadang kita terlupa untuk mendoakan pelajar kita untuk sertai kelas dalam talian,” katanya.

Dalam perkembangan lain, disebabkan program itu mendapat sambutan luar biasa, pihak Muhayya Momentum sekali lagi membuka penyertaan bagi sesi kedua program itu.

IVZQ8278

Prof Dr Muhaya dan Nur Fazura akan tampil dalam program Transformasi Diri Guru 2.0.

Program Transformasi Diri Guru 2.0 itu juga bakal diserikan dengan penampilan selebriti terkenal tanahair, Nur Fazura Sharifuddin.

Prof Dr Muhaya Mohamad memberitahu Program Transformasi Diri Guru 2.0, adalah satu tanggungjawab yang perlu dilaksana kerana walau apapun juga kondisi negara ketika ini, pendidikan tetap perlu diteruskan demi memastikan golongan belia tidak ketinggalan dalam bidang akademik.

“Sebenarnya kalau kita perhatikan dalam apa juga kerjaya, kita akan melakukan sesuatu pekerjaan dengan diri kita, jadi kita perlu ada dua ilmu. Ilmu melakukan pekerjaan dan ilmu menambah baik meningkatkan keberkesanan orang yang melakukan pekerjaan itu.

“Jadi cara yang bonda berikan ini bukan untuk mengajar tetapi macam mana pengajar itu hendak meningkatkan taraf dari segi imej diri, sistem nilai, tabiat, tindakan dan Insya Allah kepada hasil yang dilakukan,” katanya.

Prof Dr Muhaya memberitahu beliau ingin infaqkan diri melakukan transformasi diri guru secara percuma dan diharapkan ia mendapat sambutan menggalakkan terutamanya dalam golongan pendidik.

Bagi mereka yang berminat menyertai program secara percuma bakal diadakan pada 18 September ini, bolehlah melayari laman web Muhayya Momentum.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain