suria

Uncle Kentang antara 6 individu dinobat wira tempatan, pengorbanan bantu golongan memerlukan dapat pengiktirafan!

Enam wira tempatan yang diraikan menerusi kempen 'Rakyat Lebih Sihat, Malaysia Kukuh Bersemangat'.

SEMPENA Hari Malaysia, seramai enam wira tempatan diangkat dalam kempen 'Rakyat Lebih Sihat, Malaysia Kukuh Bersemangat' atas usaha mereka dalam menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan.

Enam individu tersebut adalah aktivis masyarakat Kuan Chee Heng atau Uncle Kentang, Pengarah Eksekutif North-South Initiative yang berusaha memperjuangkan hak asasi manusia dan hak buruh masyarakat yang terpinggir, Adrian Periera dan Pakar EPIC, Esther Chit.

ARTIKEL BERKAITAN: Berjaya namakan negara 147 bendera dalam 15 minit, budak 4 tahun pecah rekod MBOR... kini gigih menghafal nama planet

Turut diraikan adalah aktivis haiwan, Aunty Jenny, sukarelawan Har Yin Geong dan tukang masak, Siamy Tan.

Keenam-enam individu itu turut dicalonkan oleh orang ramai menerusi kempen yang dilancarkan di bawah jenama susu formulasi dewasa baharu Mead Johnson Nutrition - Provital Immuna Plus dalam inisiatifnya menyokong kesihatan imun wira-wira tempatan yang berbakti kepada masyarakat.

Puteri Sultan Selangor, Tengku Datin Paduka Setia Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam ucapan acara menghargai wira-wira berkenaan memberitahu kempen itu memaparkan pelbagai inisiatif murni yang dilaksanakan oleh rakyat Malaysia, sambil meraikan nilai-nilai dan menghidupkan semangat ‘Malaysia Boleh’ yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia.

Contribution of PROVITAL Immuna Plus to Yayasan Food Bank

Mead Johnson turut menyumbang 1,000 pek Provital Immuna Plus.

"Saya benar-benar berbangga dengan wira-wira tempatan kita. Kempen ini berusaha meningkatkan kesedaran terhadap golongan yang memerlukan dan bagaimana syarikat-syarikat seperti Mead Johnson dan masyarakat secara umumnya boleh membantu satu sama lain.

"Saya berharap kempen ini dan kisah Wira-Wira Tempatan kita akan mendorong lebih ramai rakyat Malaysia untuk melibatkan diri dalam kerja sosial atau menyokong inisiatif sedia ada, tetapi pada masa sama tetap mengamalkan gaya hidup yang sihat pada masa-masa sukar ini," ujarnya.

Sementara itu, Pengurus Besar Mead Johnson Nutrition Malaysia, Singapura dan Vietnam, Gonzalo Balcazar berkata, pihaknya sentiasa menyokong usaha menjaga kesihatan badan dan masyarakat.

Malah pihaknya juga kagum dengan kegigihan luar biasa wira-wira tempatan ini yang telah menabur budi kepada masyarakat Malaysia, tanpa mementingkan diri sendiri.

"Oleh yang demikian, sejajar dengan wawasan Provital Immuna Plus untuk memupuk masyarakat Malaysia yang lebih sihat, kami ingin memberi penghargaan kepada wira-wira ini dengan melindungi kesihatan mereka.

"Walaupun ramai yang telah menyokong wira-wira kita dalam pelbagai cara, kita tidak harus lupa untuk menjaga kesihatan mereka supaya badan mereka lebih kuat dan sihat untuk meneruskan misi membantu masyarakat.

"Kami juga sukacita untuk bekerjasama dengan Yayasan Food Bank Malaysia dengan menyumbang 1,000 pek Provital Immuna Plus yang mengandungi nutrien untuk menyokong kesihatan imun keluarga-keluarga yang memerlukan agar mereka kekal sihat dalam masa yang mencabar ini,” katanya.

Provital Immuna Plus, susu berkhasiat untuk dewasa boleh membantu menyokong sistem imun dengan menyediakan manfaat Tiga Perlindungan Imuniti menerusi nutrien seperti yis beta-glukan, selenium dan vitamin C.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain