suria

Syarikat penerbangan tutup, pemuda ini percaya jualan mampu cecah RM2 juta kerana niatnya mahu bantu orang lain ketika pandemik

Taufik memberitahu tiada jalan mudah untuk berjaya melainkan usaha keras dan perancangan yang tepat.

LIMA tahun lalu Taufik Khairuddin mempunyai kerjaya yang selesa sebagai Ketua Media Sosial di syarikat penerbangan Rayani Air dan ketika itu dia menjalani kehidupan yang diimpikannya.

Namun siapa sangka kerjaya itu musnah apabila syarikat penerbangan tersebut terpaksa gulung tikar ekoran pelbagai masalah yang timbul sehingga terpaksa memberhentikan semua kaki tangannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bermula sebagai penternak kambing di laman rumah mentua, kini Mr. Pepper ada kilang sendiri - “Pandemik sedarkan saya...“

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah makan biskut kering cicah air paip... wanita ini bangkit selepas dihina! - “Kini giliran saya bantu mereka yang terkesan“

Dalam situasi itu, Taufik mengakui berasa buntu memikirkan nasib diri namun mujur dia cepat tersedar untuk bangkit daripada kejatuhan itu bagi meneruskan kehidupan apatah lagi perlu menanggung keluarga.

Pelbagai kerja dilakukan ketika itu termasuk membuka perniagaan kecil kecilan bersama isteri menjual pelbagai jenis kek melalui media sosial.

"Saya sedikit beruntung kepada ada pengalaman dalam mengendalikan media sosial. Alhamdulillah perniagaan bakeri yang dijalankan bersama isteri mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan," katanya kepada mStar.

Taufik 2

Pelbagai dugaan terpaksa dihadapi sebelum Taufik mampu berjaya sebagai usahawan.

Permintaan di luar Lembah Klang juga kata pemuda berusia 30 tahun ini turut meningkat namun Taufik tidak dapat menerima banyak tempahan kerana bimbang kek akan rosak.

Bermula dari situ, Taufiq mengenal pasti kekurangan perniagaan yang dijalankan dan mula berfikir untuk menghasilkan pelbagai produk agar boleh dinikmati pelanggan di seluruh Malaysia termasuk Singapura, Brunei dan Indonesia.

Berbekalkan keberanian dan sedikit pengalaman dalam bisnes, Taufik memberitahu dia memberanikan diri menubuhkan syarikat Madbean Sdn Bhd dan memperkenalkan pelbagai jenis makanan termasuk Mellow Crunch dan Mellow Cookies.

"Alhamdulillah percubaan itu berjaya dan syarikat mencatat jualan RM100,000 sebulan ketika awal beroperasi dan terus berkembang sehingga ke hari ini," ujarnya.

Dalam keterujaan produk yang dihasilkan berjaya, Taufik mengakui penangan pandemik Covid-19 yang melanda sedikit sebanyak membimbangkan dirinya apatah lagi banyak syarikat terpaksa gulung tikar kerana tidak mampu meneruskan perniagaan.

Niat saya ketika mengembangkan perniagaan ini hanya satu hanya ingin bantu sesiapa dalam kesusahan atau tidak mempunyai pekerjaan dan Alhamdulillah ia tercapai.



TAUFIK KAHIRUDDIN

PENGASAS MADBEAN SDN BHD

Namun Taufik tidak menyangka jualan produk keluaran syarikatnya naik mendadak sepanjang tempoh pandemik sehingga terpaksa menolak tempahan memandangkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.

Bulan lalu sahaja katanya, rangkaian produk seperti Mellow, Viscoff, The Vanilla Bean dan Thachos mencatat jualan RM2 juta dan menganggap ia pencapaian luar biasa syarikat.

Lebih menarik, produk segmen Zombie Cookies yang telah berada di 650 cawangan Watsons di seluruh negara sejak dua tahun lalu memberi nafas baharu kepada perkembangan syarikat sekali gus mengukuhkan lagi jenama produknya di pasaran tempatan.

Tiga perisa Zombie Cookies yang terdiri daripada red velvet, mocha dan karamel telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan.

Taufik memberitahu dia yakin kejayaan syarikatnya berkembang maju terutamanya dalam tempoh pandemik ini kerana niatnya ingin membantu orang lain dalam mencari rezeki ketika tempoh sukar ketika ini.

Taufik 3

Produk keluaran syarikatnya yang mendapat sambutan luar biasa pelanggan.

Malah dia turut mengambil rakan-rakan seperjuangan ketika bertugas di syarikat penerbangan itu yang masih tidak mempunyai pekerjaan bekerja dengannya sebagai salah satu usaha membantu mereka memperoleh pendapatan.

"Dulu kami hanya mempunyai lima rakan kongsi tetapi sekarang angka itu bertambah kepada 32 selain 12,000 ejen dengan pendapatan antara RM3,000 hingga RM5,000 sebulan.

"Niat saya ketika mengembangkan perniagaan ini hanya satu... hanya ingin bantu sesiapa dalam kesusahan atau tidak mempunyai pekerjaan dan Alhamdulillah ia tercapai.

"Perniagaan dapat berkembang maju juga adalah hasil usaha mereka semua dan berharap ia akan berterusan," katanya.

Tidak hanya itu, Taufik turut menggunakan konsep pemasaran menerusi 500 influencer dalam membawa jenama Madbean lebih jauh.

Madbean 4

Produk Zombie Cookies turut memasuki 650 cawangan Watsons di seluruh negara.

Taufik juga memberitahu ekoran permintaan yang meningkat dia juga telah membangunkan kilang khusus untuk pengeluaran produknya di Bahau, Negeri Sembilan.

Jelasnya, antara sebab dia membuka kilang itu di Bahau ia bukan sahaja kampung kelahirannya tetapi mahu membantu penduduk setempat mendapat pekerjaan sekali gus menjana pendapatan.

"Dengan pembukaan kilang, R&D yang dijalankan, aktiviti pemasaran serta produk berdaya saing kami yakin dapat keuntungan sebanyak RM25 juta tahun ini.

"Selain itu kami juga sedang intai untuk menembusi pasaran Indonesia tahun depan memandangkan banyak permintaan dari negara jiran dan diharap ketika itu pandemik sudah berakhir," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain