RAMAI masih keliru dan panik apabila berdepan situasi cemas melibatkan individu diserang sawan. Ada yang menyangka individu tersebut mengalami serangan jantung, ada juga yang terus melakukan bantuan CPR tanpa mengetahui apa sebenarnya kondisi kesihatan mangsa. Menyedari wujudnya kekeliruan ini, doktor selebriti dan pempengaruh kesihatan, Dr Muhammad Shazril Shaharuddin atau lebih dikenali sebagai Dr Say tampil berkongsi panduan berguna berkaitan sawan yang boleh membantu menyelamatkan nyawa.Menerusi satu video [Tonton video] di media sosial, Dr Say memberi penerangan ringkas dan padat mengenai apa yang perlu dan tidak perlu dilakukan apabila melihat seseorang terkena sawan.Dia menjelaskan bahawa tindakan yang salah bukan sahaja membahayakan mangsa, malah boleh menyebabkan kecederaan yang lebih teruk.Dr Say memberikan penjelasan menerusi satu hantaran di media sosial.Penjelasan ini dibuat susulan satu rakaman tular yang menunjukkan seorang lelaki tumbang secara tiba-tiba akibat diserang sawan.Dr Say menjelaskan, serangan sawan mempunyai tanda berbeza berbanding pengsan atau serangan jantung.Sawan1. Badan terketar-ketar kuat2. Tangan dan kaki kejang3. Mata mungkin terbeliak atau terpandang ke atas4. Mulut berbuih atau kancing gigi5. Berlaku secara tiba-tibaPengsan1. Badan jadi lembik dan tidak bergerak2. Tiada kejang atau pergerakan luar biasaSerangan jantung1. Badan lembik2. Nadi lemah atau langsung tiada denyutan nadi3. CPR boleh dilakukan jika tiada denyutanDr Say turut berkongsi langkah-langkah penting yang perlu dilakukan jika anda melihat seseorang mengalami sawan:1. Bertenang dan jangan panik2. Jika sawan lebih 5 minit, hubungi 999 segera3. Jauhkan mangsa dari objek tajam atau bahaya4. Pusingkan badan mangsa ke sisi untuk elak tersedak5. Biarkan sawan berlaku, jangan cuba hentikan keadaan kejangTerdapat beberapa perkara perlu dielakkan ketika membantu mangsa sawan, antaranya: 1. Jangan masukkan sebarang objek ke dalam mulut termasuk batang aiskrim, sudu, pen atau jari2. Jangan pegang atau tahan tangan dan kaki mangsa, boleh menyebabkan tulangnya patah3. Jangan beri makanan atau air, risiko tersedak atau masuk ke paru-paru