suria

“Saya memang tiada kereta, Allah makbulkan doa saya” - Fauziah Nawi Tokoh Seri Angkasa 2022, dikejutkan hadiah MPV Mitsubishi Xpander

Fauziah Nawi menerima anugerah Tokoh Seri Angkasa.

MALAM kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2022 (ASA2022) menyaksikan pelakon veteran Fauziah Nawi dipilih penerima trofi Tokoh Seri Angkasa sebagai penghargaan penglibatannya selama lima dekad dalam industri hiburan tempatan.

Kemenangan trofi berprestij itu turut dikejutkan dengan hadiah sebuah kenderaan jenama Mitsubishi Xpander yang berharga RM100,000 berserta wang tunai berjumlah RM10,000 berserta trofi.

Fauziah ketika ditemui meluahkan rasa syukur apabila diberi pengiktirafan yang disifatkan tidak pernah diimpikan sepanjang bergelar seorang anak seni.

"50 tahun lalu saya masuk dalam industri ini, saya tak pernah terfikir tentang memenangi anugerah ini.

WhatsApp Image 2022-10-31 at 12.23.45 AM

Fauziah menerima pengiktirafan tertinggi dalam karier sebagai anak seni.

"Malam ini saya berbesar hati untuk menerima pengiktirafan ini," katanya.

Bagaimanapun, kejutan diberikan sebuah kereta benar-benar membuatnya terharu kerana Fauziah memberitahu dirinya memang tiada kenderaan dan tidak mampu membelinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Noorkhiriah rangkul anugerah Pelakon Komedi TV Terbaik di ASA2022... “Tak sangka sebab ramai pesaing hebat!”

ARTIKEL BERKAITAN: Pada usia 62 tahun, Hilal Azman belum puas berlakon... mahu terus sampaikan perkara baik kepada penonton

"Allah dah makbulkan doa saya, saya memang tiada kereta dan rasanya tak mampu untuk membeli kereta.

"Malam ini Allah sudah menjawab doa saya," ujarnya lagi.

Sementara itu, bagi kategori Drama Terbaik ia dimenangi oleh Pencipta Pegang Waktu dan membawa pulang hadiah berupa Dana Kandungan Digital (DKD) sebanyak RM200,000.

Eman

Eman Manan Pelakon Lelaki Drama Terbaik.

Bagi kategori Pengarah Drama Terbaik turut milik Pencipta Pegang Waktu menerusi arahan Zainorhisyam Samudin.

Manakala bagi kategori Dokumentari Terbaik ia milik Social Playlist (Astro AEC) yang membawa pulang hadiah DKD sebanyak RM150,000.

Dalam pada itu, pelakon Eman Manan memenangi kateogri Pelakon Lelaki Drama Terbaik menerusi Satu Kampung Dua Orang siaran Astro Citra manakala Khatijah Tan Pelakon Wanita Drama Terbaik menerusi Rabak (TV3).

Malam kemuncak ASA2022 itu menyaksikan sebanyak 34 lagi anugerah disampaikan pada malam kedua penganjurannya yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya (PICC) pada malam Ahad.

KT

Khatijah Tan Pelakon Wanita Drama Terbaik.

Penganjuran dua malam ASA2022 ini mempertandingkan sebanyak 72 kategori secara keseluruhan yang mana 43 daripadanya untuk televisyen, 22 kategori radio dan masing-masing satu Anugerah Khas Juri dan Tokoh Seri Angkasa.

Kesemua pemenang membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 berserta trofi.

ASA2022 dihoskan oleh Terrence Dass, Fara Fauzana dan Anne Xaveira dan turut disiarkan secara langsung menerusi TV2 dan FB Live Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Acara turut diserikan dengan persembahan daripada Haqiem Rusli, Tajul, Noraniza Idris, Kmy Kmo, Hazama, Ella, Misha Omar dan ramai lagi.

Berikut adalah senarai pemenang pada Malam Kemuncak ASA2022:

Video Klip Hiburan Menerusi Youtube Rasmi Terbaik: Sentiasa Di Sini (Astro Gempak)

Drama Bersiri Menerusi Youtube Rasmi Terbaik: Bunga’s Secret Garden (Astro Gempak)

Penyampai Radio Lelaki Terbaik: Mohd Azlan Omar: (Klasik FM)

Penyampai Radio Wanita Terbaik: Azlina Kamarudin (Negeri FM)

Pengacara TV Terbaik: Ahmad Fedtri Yahya (Jejak Rasul- TV3)

Penyampai Berita TV Terbaik: Norliza Mohd Zain (TV3)

Hiburan Muzikal TV Terbaik: Gegar Vaganza 7 (Farhana Hussin) (Astro Ria)

Majalah TV Terbaik: Nor Izzati Lockman (Majalah 3: Predator Darat) (TV3)

Pelakon Lelaki Drama Radio Terbaik: Beto Kusyairy (Anugerah Terindah) (Salam FM)

Pelakon Wanita Drama Radio Terbaik: Lisdawati (Akhirnya Bahagia Meluruh) (Nasional FM)

Pelakon Lelaki Drama TV Terbaik: Eman Manan (Satu Kampung Dua Orang, Astro Citra)

Pelakon Wanita Drama TV Terbaik: Khatijah Tan (Rabak, TV3)

Skrip Drama TV Terbaik: Sham Hashim (Scammer, Astro Ria)

Pengarah Drama TV Terbaik: Zainorhisyam Samudin (Pencipta Pegang Waktu, TV3)

Dokumentari TV Terbaik: Social Playlist (Herbert Pua Kuo Jie, Astro AEC)

Drama TV Terbaik: Pencipta Pegang Waktu( Norshahila Harun Shah, TV3)

Anugerah Tokoh Sri Angkasa 2022: Fauziah Nawi

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain