suria

Pada usia 62 tahun, Hilal Azman belum puas berlakon... mahu terus sampaikan perkara baik kepada penonton

Hilal antara pelakon senior yang masih kekal aktif dalam dunia seni.

PERNAH merangkul pelbagai anugerah sepanjang 42 tahun penglibatan dalam dunia seni tidak pernah membuatkan pelakon Hilal Azman berasa puas untuk terus memberikan terbaik dalam setiap karyanya.

Hilal atau Nor Hilal Abdullah, 62, berkata, kerjaya sebagai anak seni dilihat sebagai amanah untuk menyampaikan mesej bermanfaat kepada khalayak dan bukan sekadar hiburan semata-mata.

"Kalau saya kata sudah cukup baik dalam lakonan maka ia adalah titik akhir buat kerjaya saya sedangkan saya baru bermula dalam usia 60-an sekarang... baki kehidupan yang masih ada saya kena buat lebih baik lagi.

"Saya sentiasa mengingatkan diri sendiri dan rakan-rakan bahawa kerjaya ini adalah amanah. Kalau tidak melakukan perkara baik, saya takut ia membawa kepada perkara tidak bermanfaat dalam industri.

hilal azman 1

Hilal belum puas berkarya sebagai anak seni.

"Ada sebab mengapa Allah berikan kehebatan untuk kita berada dalam dunia seni ini," katanya kepada mStar.

Hilal ditemui selepas merangkul Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Drama TV Terbaik menerusi Amanat pada Anugerah Seri Angkassa 2022 (ASK2022) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Sabtu.

Bersyukur dengan pengiktirafan berkenaan, Hilal juga memberitahu dia tidak pernah merancang untuk meletakkan titik noktah dalam karier sebagai pelakon sebaliknya akan terus bekerja selagi mampu..

ARTIKEL BERKAITAN: Noorkhiriah rangkul anugerah Pelakon Komedi TV Terbaik di ASA2022... “Tak sangka sebab ramai pesaing hebat!”

ARTIKEL BERKAITAN: CEO Awesome TV berdepan saman... “Jangan sibuk jaga hal orang, bayar dulu hutang produser” – A. Aida

"Banyak anugerah yang saya terima sebelum ini namun ia untuk kerja berpasukan. Ini adalah anugerah peribadi pertama buat saya, pastinya ada sebab Allah kurniakan anugerah ini.

"Sasaran saya dalam dunia seni adalah infiniti. Kalau saya berhenti berlakon, bagaimana mahu sampaikan mesej kepada penonton?

Saya kekal bertahan kerana jiwa, minda dan Allah.

HILAL AZMAN

PELAKON

"Jika kita sudah pejam mata nanti, pasti segala kerja kita di dunia ini akan ditanya... sekurang-kurangnya Allah tahu niat saya dan sebab itu saya akan terus berlakon," ujarnya.

Meskipun bergelar pelakon senior dan dihormati dalam kalangan penggiat seni, Hilal tidak pernah meninggi diri dan sentiasa mengambil inisiatif untuk belajar perkara baharu.

Jiwa dan minat yang mendalam terhadap bidang ini kata Hilal membuatkan dia kekal bertahan walau telah mengharungi pelbagai cabaran.

hilal azman 3

Kemenangan di ASA2022 suntik semangat Hilal.

“Setiap watak yang kita bawakan adalah berbeza. Sebab itu saya tidak pernah berhenti belajar kerana tidak mahu memberi hasil sama dalam lakonan. Banyak cara kita boleh belajar. Melihat pengemis tepi jalan pun boleh bagi ilmu baharu selain menonton di YouTube.

“Alhamdulillah kesihatan masih mengizinkan untuk saya berlakon. Saya kekal bertahan kerana jiwa, minda dan Allah,” jelasnya.

Pada acara sama Nabila Huda dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Wanita Drama TV Terbaik menerusi lakonannya dalam Jeti.

Malam kemuncak anugerah ini akan berlangsung pada Ahad dengan penyampaian 34 kategori utama yang memberi pengiktirafan kepada penerbitan rancangan televisyen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain