suria

Gaya persembahan terikut-ikut penyanyi asal, Tom tersingkir minggu ketujuh GV9

Tom tersingkir selepas tujuh minggu bertanding.

SELEPAS tujuh minggu berjuang di pentas Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), penyanyi Tom akhirnya tersingkir pada persembahan yang berlangsung pada malam Ahad.

Pada persembahan minggu ini, Tom menyampaikan lagu Akhirnya Kini Pasti yang pernah dipopularkan oleh Anita Sarawak dah hanya mendapat 55.20 peratus markah daripada juri.

Datin Marlia Musa yang tampil sebagai juri menggantikan Datuk Syafinaz Selamat memberitahu persembahan Tom menerusi lagu ikonik itu tidak ubah seperti penyanyi asal.

"Saya sudah menjangkakan persembahan Tom sama macam penyanyi asal. Saya harap Tom keluarkan karakter lain," katanya ketika memberi komen kepada penyanyi berkenaan.

1788496

Tom menyanyikan lagu Anita Sarawak.

Sementara itu, Bob Yusof berjaya menduduki tempat pertama dengan 85.60 peratus pada persembahan minggu ini diikuti Shila Amzah (84.10) dan Tomok (81.50).

Enam peserta lain yang mara ke minggu seterusnya adalah Dina Nadzir, Kumpulan VE, Jaclyn Victor, Hazrul Nizam, Asheed Def Gab C, dan Fuad Rahman.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tomok tak simpan ‘taring’, Ramli MS bagi markah tertinggi sepanjang musim GV

ARTIKEL BERKAITAN: Sebutan bahasa Inggeris Asheed Def Gab C punca kedudukan paling corot, terselamat GV9 minggu ke-6 tiada penyingkiran

Dalam pada itu, Bob turut diumumkan sebagai pemenang Anugerah Next Level Digi dan Bintang Memukau Adabi yang membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 berserta produk Adabi bernilai RM500.

Manakala Tomok pula penerima Anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak.

Gegar Vaganza musim kesembilan dihoskan Nabil Ahamd bersama Elly Mazlein selain menampilkan Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang sebagai juri tetap.

Program itu diadakan secara siaran langsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan turut disiarkan menerusi Astro Ria (104), Ria HD (123) pada setiap Ahad, pukul 9 malam.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain