suria

Sherry Alhadad Pernah Putus Asa

Sherry pernah berputus asa dalam industri seni. Foto: SHAARI CHEMAT.

PELAKON dan pengacara Sherry Alhadad pernah berputus asa untuk meneruskan perjalanannya dalam bidang seni.

Sherry atau nama sebenarnya Shariffah Mariam Syed Abdullah Al Hadad, 32, berkata dia kembali bangkit apabila memikirkan seni adalah kehidupannya.

"Sebenarnya saya pernah berputus asa sekejap dalam industri seni. Terus terang saya cakap, seni adalah hidup saya.

"Saya tak tahu nak buat benda lain, memang tak reti. Tapi ini impian saya sejak kecil lagi.

Sherry pernah memaksa rakan dia ketika kecil untuk melihat persembahannya.

"Ketika itu, saya pernah buat persembahan di depan rakan-rakan dan memaksa juga mereka tengok saya," kata Sherry kepada mStar Online.

Sherry ditemui ketika rakaman program temu bual pertamanya, The Sherry Show di Studio 1, Ntv7 Glenmarie, Shah Alam pada Selasa lalu.

Program yang mempunyai tujuh episod ini akan mula ditayangkan pada 19 November ini pukul 10 malam di TV3.

Menurut Sherry, dia teruja impian untuk mempunyai program sendiri akhirnya tercapai dan dalam pada masa yang sama gementar untuk kendali program itu.

Sherry teruja dan gementar kendali program sendiri.

Menerusi The Sherry Show, dia dapat menjadi diri sendiri dan bebas melakukan apa sahaja untuk menjadikan ia menarik.

"Saya sangat teruja sebab akhirnya impian nak ada program sendiri sudah tercapai. Tapi gementar juga nak mengacara seorang diri.

"Apabila menerima tawaran tersebut, saya cakap pada pihak produksi yang saya nak jadi diri sendiri dalam program tersebut.

"Apa yang saya buat atas pentas, itulah saya. Malah, saya juga diberi kebebasan untuk menyumbang idea untuk menjadikan program itu lebih menarik," ujarnya.

Sherry Alhadad, The Sherry Show

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain