suria

Yan Yee Berlatih Judo Demi 'Dark Sunset'

Yan Yee
Yan Yee
Yan Yee

PETALING JAYA: Buat pertama kalinya, pelakon Yan Yee diberi kepercayaan membawa watak utama sebagai seorang penyamar detektif, Ye Ting Ting dalam drama bersiri terbaru berbentuk penyiasatan homisid, Dark Sunset, di ntv7.

Kata Yan Yee, dia sanggup memotong rambutnya menjadi pendek bagi memenuhi kriteria watak yang ditawarkan itu dan percaya penonton akan terhibur dengan drama tersebut.

“Sebelum ini, saya sering membawa watak antagonis atau pembawa masalah. Kali ini, saya bawa watak baik pula. Harap-harap, watak detektif wanita yang sedang menyamar ini akan memberi suatu kelainan buat penonton,” kata Yan Yee.

Tambahnya, dia perlu melakonkan pelbagai aksi lasak dan hal itu membuatkan dirinya menyertai kelas seni mempertahankan diri, Judo sebelum memulakan penggambaran.

“Saya perlu membuat persediaan sebelum melakonkan babak pergaduhan dan menyertai kelas Judo banyak membantu saya dalam melakonkan watak Ting Ting.

"Selain itu saya juga mencabar diri sendiri tanpa menggunakan langsung pelakon lagak ngeri bagi babak dilanggar kereta," ujarnya.

Drama yang disiarkan setiap Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam, ini, turut dibarisi pelakon Cina Malaysia terkenal seperti Lawrence Wong, Goh Wee Ping, Aenie Wong, Zzen Zhang dan Tracy Lim.

Berkisar tentang sebuah pembunuhan misteri di dalam sebuah keluarga berada, ia diadaptasi berdasarkan sebuah kisah benar yang menceritakan tentang misteri keluarga yang sukar untuk diselesaikan.

Dalam pada itu, Ting Ting juga mempunyai masalah cinta tiga segi dengan seorang peguam bernama Chen Jian Bang, lakonan Lawrence Wong dan Qiu Jia Wei, lakonan Zzen Zhang.

Untuk maklumat lebih lanjut, layari http://www.ntv7.com.my atau ikuti perkembangan kami di Facebook dan Twitter ntv7.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain