suria

Bidadari Dari Raudhah, Niat Hawa Istimewa Maal Hijrah

Salah satu babak dalam drama Niat Hawa
Salah satu babak dalam drama Niat Hawa
Salah satu babak dalam drama Niat Hawa

PETALING JAYA: Radio Televisyen Malaysia (RTM) bakal menyiarkan dua telemovie khas; Bidadari Dari Raudhah dan Niat Hawa pada 25 dan 26 November ini, pukul 10.30 di TV1.

Drama Bidadari Dari Raudhah ini dibintangi oleh Ady Putra, Elly Mazlein, Datuk Jalaluddin Hassan, Roy Azman, Othman Basri dan Ezany Nizariff.

Ia mengisahkan Khir, manusia kaya tetapi sombong hingga sanggup menghalalkan apa saja yang haram dan menganggap dosa bagaikan pahala.

Jalan ceritanya berkembang sekitar watak Khir di mana memang ramai yang sudah menjadi mangsanya. Maka tidak hairanlah dia dibenci dan dicemuh seisi keluarga.

Satu hari Khir rebah akibat serangan jantung dan dalam keadaan yang lemah itu tiba-tiba Khir dihampiri seorang wanita berbaju putih. Khir yang semakin lemah mula merasakan ajalnya semakin dekat.

Sementara itu, telefilem Niat Hawa sarat dengan pengajaran terhadap orang yang melengah-lengahkan hasrat murni untuk menutup aurat.

Drama ini dibintangi pelakon hebat seperti Almy Nadia, Ezany Nizariff, Safura Yaacob dan Farah Nadia.

Ia mengisahkan Hawa telah berniat untuk memakai tudung jika permohonan kerjanya diterima. Tetapi setelah mendapat pekerjaan, Hawa telah melupakan niatnya dan terus leka bersama teman lelakinya bernama Zudin.

Satu hari Hawa terlibat dalam kemalangan hingga mengakibatkannya lumpuh seluruh badan. Sejak itu Hawa mula teringatkan niatnya untuk memakai tudung namun telah diabaikannya. Rasa berdosa mula menebal dalam dirinya.

Artikel Sebelum

Zed Zaidi Jadi Penerbit Filem

Artikel Berikut

Artikel Lain