suria

Drama Kancil Mana Pelanduk? Sempena Cuti Sekolah

PETALING JAYA: Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi saluran TV2 menyiarkan sebuah drama menarik bertajuk Kancil Mana Pelanduk pada 25 November 2011, pukul 10.00 malam mengisi slot Citra.

Drama ini bertujuan membangkitkan semangat kepada murid sekolah yang bercadang mengikuti kem bina semangat pada cuti sekolah ini.

Drama ini mengisahkan watak Amran dan kawan-kawannya berlari merentasi pelbagai halangan yang disediakan di sebuah kem bina semangat. Ada yang terjatuh dan ada yang keletihan tetapi dipaksa oleh Cikgu Latif dan Cikgu Saleha supaya mereka meneruskan latihan.

Dalam kem tersebut mereka dibahagikan kepada dua kumpulan diketuai oleh Amran dan Sabri.

Pada sebelah malamnya pula, Cikgu Latif mengumumkan satu permainan akan diadakan pagi esok yang dikenali dengan permainan `kancil, kancil, di mana pelanduk? Dua kumpulan ini dikehendaki mencari dan menyelamatkan pelanduk yang kononnya telah terperangkap dalam perangkap pemburu.

Kumpulan mana yang terlebih dahulu dapat menemui dan menyelamatkan pelandok berdasarkan peta dan petanda-petanda yang telah diletakkan, akan berpeluang mewakili sekolah untuk menyertai Perkhemahan Pengakap Kebangsaan.

Berjayakah mereka menjayakan misi tersebut? Saksikan babak-babak mendebarkan lakonan Arman Graseka, Bienda, Azhari Azizan dan Fieqa Malek ini dalam drama Kancil Mana Pelanduk di TV2.

Artikel Sebelum

Zed Zaidi Jadi Penerbit Filem

Artikel Berikut

Artikel Lain