suria

RM70 Ribu Menanti Pemenang "Lagu Berduit Suria FM"

“Lagu Berduit Suria FM” menawarkan sebanyak RM70 ribu bermula dari 28 Februari hingga 1 April ini.
“Lagu Berduit Suria FM” menawarkan sebanyak RM70 ribu bermula dari 28 Februari hingga 1 April ini.
“Lagu Berduit Suria FM” menawarkan sebanyak RM70 ribu bermula dari 28 Februari hingga 1 April ini.

PETALING JAYA: Stesen radio Suria FM kembali dengan peraduan tahunan iaitu “Lagu Berduit Suria FM” dengan menawarkan sebanyak RM70 ribu bermula dari 28 Februari hingga 1 April depan.

Menurut Pengurus Operasinya, Azrullah Mohd Noor peraduan kali ini menawarkan ganjaran lebih besar berbanding sebelum ini.

“Peraduan tahunan yang sudah sinonim dengan stesen radio ini kembali lagi dengan ganjaran yang lebih besar. Mungkin ramai peminat-peminat Suria FM sudah memahami cara untuk menyertainya.

“Ia cukup mudah kerana pendengar hanya perlu menjadi pendengar Suria FM dan hantarkan khdimat pesanan ringkas (SMS) apabila diminta," katanya.

Bagaimanapun, sebelum menyertai peraduan Lagu Berduit Suria FM itu, pendengar perlu memastikan mereka telah mendaftar sebagai VIP Suria FM melalui SMS.

Jumlah wang yang boleh dimenangi setiap kali Lagu Berduit Suria FM ke udara akan diumumkan oleh penyampai bertugas.

Namun, jika Lagu Berduit Suria FM ke udara pada waktu bonus iaitu dalam versi siaran langsung, pendengar akan memenangi wang tunai bonus.

Artikel Sebelum

Artikel Lain