suria

Charlie Sheen Dipecat Daripada 'Two and A Half Men'

Charlie Sheen
Charlie Sheen
Charlie Sheen

LOS ANGELES: Pelakon Charlie Sheen telah dipecat dari sitkom popularnya "Two And A Half Men".

Kenyataan dari Warner Brothers Television berkata, pemecatan pelakon berusia 45 tahun itu berkuat kuasa serta-merta.

Bagaimanapun Sheen dilihat seolah-olah tidak menghiraukan pemecatannya itu sebaliknya berkata pemberhentian tersebut seperti “khabar gembira”.

"Ini adalah berita yang sangat baik. Mereka terus melanggar seperti ikan paus yang begitu banyak," katanya.

Pihak produksi sebelum ini dikatakan menghadapi masalah dan terpaksa menunda rakaman pelakon itu selepas dia dimasukkan ke hospital kerana terlibat dengan pengambilan arak dan dadah selama 36 jam bersama sekumpulan bintang porno.

Sejak itu Sheen dikatakan mempunyai perilaku yang pelik sehinggalah berlakunya perang mulut dengan produser Chuck Lorre kira-kira dua minggu lalu.

Artikel Berikut