suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wartawan Global TV Beri Keterangan Dipukul Ahmad Dhani

Ahmad Dhani
Ahmad Dhani
Ahmad Dhani

JAKARTA: Pihak Global TV telah dipanggil untuk pemeriksaan polis berikutan kes wartawan mereka dipukul oleh penyanyi kumpulan Dewa, Ahmad Dhani minggu lalu.

Pemeriksaan yang berlangsung selama empat jam itu bagi mengambil keterangan terhadap wartawan dan jurugambar stesen televisyen itu yang dikatakan menjadi mangsa dalam kejadian tersebut.

Peguam mewakili wartawan Global TV, Cyndy Panjautab menjelaskan bahawa pemeriksaan dibuat keatas anak guamnya, Noviyandi Kurniawan yang didakwa dicederakan oleh Ahmad Dhani.

"Hari ini kita telah ke balai polis sebagai saksi kejadian. Perkara ini belum lagi selesai, tapi kami diminta bercerita tentang kronologi kejadian tersebut," ujarnya seperti dipetik dari portal Kapanlagi.com.

Terdahulu, Ahmad Dhani telah didakwa menyerang petugas media iaitu wartawan Global TV ketika sedang mengambil gambar kawasan persekitaran rumah Mulan Jameela.

Artikel Sebelum

Artikel Lain