suria

'Jojo Struys' Bikin Program Televisyen Yuna

Yuna bakal muncul dalam program TV , Astro Hitz Yuna Inspired Powered by Digi.
Yuna bakal muncul dalam program TV , Astro Hitz Yuna Inspired Powered by Digi.
Yuna bakal muncul dalam program TV , Astro Hitz Yuna Inspired Powered by Digi.

PETALING JAYA: Pengacara terkenal Jojo Struys mula mengarah sebuah program televisyen melibatkan penyanyi tersohor, Yunalis Zarai atau Yuna.

Program berjudul Astro Hitz Yuna Inspired Powered by Digi itu akan memuatkan lagu terbaru dan muzik video penyanyi yang sedang popular menerusi lagu Gadis Semasa dan Cinta Sempurna itu.

Satu sidang media tentang program tersebut akan diadakan pada Rabu ini, pukul 2 petang di Spasso Milano, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Bagi Jojo, ini merupakan projek istimewanya yang pertama kali menjadi pengarah program televisyen.

Menurutnya, program tersebut dibuat bagi menunjukkan fenomena nyanyian Yuna yang begitu berpengaruh dan berbakat dalam industri muzik tanah air dan turut terkenal di luar negara.

Program televisyen juga akan menampilkan kerjasama Yuna dengan peminatnya dari Kuala Lumpur ke London dan New York sebelum pulang semula ke Kuala Lumpur.

Menariknya, Astro Hitz Yuna Inspired Powered by Digi dijangka akan muncul di kaca televisyen dan Internet pada awal Mac tahun ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain