suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Vanidah Jawab Kritikan Gagal Kendalikan 'Nona'

Vanidah Imran
Vanidah Imran
Vanidah Imran

PETALING JAYA: Pengacara Nona, Vanidah Imran tidak mahu memikirkan pandangan atau kritikan orang ramai yang mempertikaikan kemampuannya dalam mengacarakan rancangan berbentuk majalah tersebut.

Jelas Vanidah, dia telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai perantara rancangan diminati ramai itu dengan baik.

“Saya tidak pernah fikir fasal isu ini, saya hanya beri komitmen dan menjalankan tanggungjawab dengan sebaik mungkin.

“Setakat ini, maklum balas yang saya terima dari penonton adalah positif dan tak tahu pula jika ada yang tidak suka tentang cara saya,” katanya ketika dihubungi mStar Online, Selasa.

Bagaimanapun, Vanidah menganggap tindakan memperbandingkan dia dengan pengacara terdahulu iaitu Maya Karin sebagai lumrah dalam sesuatu perkara.

“Diperbandingkan antara pengacara baru dengan yang lama adalah adat dan lumrah. Mungkin saya masih terlalu baru dan ramai yang sudah biasa dengan pengacara sebelum ini.

“Bagi saya masing-masing mempunyai cara tersendiri dan berbeza. Saya faham sukar untuk kita memuaskan hati semua penonton rancangan tersebut,” jelasnya yang kini sedang melakukan rakaman Nona di Ipoh, Perak.

Tambah Vanidah lagi, dia masih lagi dalam proses pembelajaran dan akan memperbaiki lagi mutu penyampaiannya dari semasa ke semasa.

“Setiap episod saya sudah cuba yang terbaik dan buat yang lebih baik lagi untuk episod seterusnya, bagi saya itu adalah satu proses pembelajaran,” katanya yang baru sahaja digemparkan dengan kontroversi tidak benar berhubung penceraian baru-baru ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain