Ayu Raudhah Janji Jaga Batas

TIGA bulan mengikat kasih, termeterai jua penantian si teruna dan dara. Aktres Ayu Raudhah, 26, selamat bergelar isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan dan Negeri Sembilan, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, 23, pada Jumaat lalu.

Bagai cincin dan permata, sinar bahagia terpancar pada wajah masing-masing selepas kedua-duanya sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz.

Mereka dinikahkan oleh imam masjid Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Mustafa Kamil Abdul Jamil. Biarpun berlainan bidang, ia tidak menghalang penyatuan dua jiwa ini dalam melayari bahtera cinta agung mereka sehingga ke jinjang pelamin.

Kekurangan masa untuk menyediakan persiapan perkahwinan kerana sibuk dengan kerja yang perlu dilunaskan tidak menghalang Ayu atau nama sebenarnya Raudhah Abu Bakar @ Che Wan menunaikan impiannya untuk disatukan sebagai suami isteri.

Majlis pernikahan mereka berlangsung di Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah kira-kira pukul 3.45 petang, selepas selesai solat Jumaat.

Pada sebelah malamnya pula majlis resepsi sebelah perempuan diadakan di Taman Mawar, Alor Setar.

Ayu dan Zaquan kelihatan tampan dan cantik mengenakan persalinan berwarna krim sedondon rekaan Man Kajang semasa majlis nikah.

Sekali lagi, kedua-duanya masih tidak kalah bergaya dengan memakai persalinan rekaan Rizman Ruzaini untuk upacara sanding yang berkonsepkan alam fantasi.

Selain itu, mereka turut menggunakan khidmat pereka Qudyn untuk malam berinai yang diadakan sehari sebelum majlis nikah sementara pereka fesyen Calvin Thoo untuk majlis menyambut menantu di Seremban, Negeri Sembilan pada 30 Januari depan.

Mahu jadi isteri sempurna - Ayu

Dengan senyuman menawan yang diukir, Ayu amat gembira majlisnya itu berjalan lancar. Air matanya menitis terharu selepas membayangkan dugaan yang dilalui selama ini akhirnya dapat ditempuh juga sehingga membawa dia dan Zaquan ke mahligai bahagia.

“Alhamdulillah, kami bersyukur kerana majlis perkahwinan ini berjalan dengan lancar dan mengikut perancangan yang ditetapkan. Saya rasa gembira, terharu dan seperti tidak percaya bahawa saya telah bergelar seorang isteri. “Setelah berkahwin, saya akan meneruskan kerjaya saya dalam bidang lakonan dengan izin suami dan menjaga batas-batas pergaulan demi menjaga maruah suami.

“Saya sudah bersedia memikul tanggungjawab ini dan akan cuba menjadi seorang isteri yang sempurna.

“Walaupun suami saya lebih muda tiga tahun daripada saya, tidak bermakna saya tidak boleh mendengar dan mematuhi arahannya,” kata Ayu.

“Doakan kebahagiaan kami” - Zaquan

Dengan kelebihan yang ada pada Ayu, wanita itu pasti mampu mengharungi setiap perjalanan hidupnya dengan baik. Zaquan sendiri mengakui wanita itu cukup cantik pada matanya malah hampir sempurna sebagai seorang isteri.

“Saya rasa sangat bertuah kerana dapat memiliki wanita seperti Ayu untuk dijadikan sebagai isteri dan peneman hidup.

“Yang penting, dia merupakan wanita yang sangat istimewa buat saya. Saya akan cuba membahagiakan Ayu dan semoga hubungan kami berkekalan sehingga ke akhir hayat. Saya harap semua orang mendoakan kebahagiaan kami,” ujar Zaquan.

Sebagai suami yang perlu mendidik si isteri dalam keharmonian rumah tangga, Zaquan turut berharap agar Ayu bijak menjaga penampilan dan mengenakan pakaian yang sesuai selepas bergelar isteri.

“Saya merupakan seorang yang sangat sederhana dari segi imej. Jadi, selepas bergelar isteri, saya berharap dia bijak memilih pakaian yang sesuai. Takkan dia nak berpakaian seksi apabila di hadapan ibu dan ayah saya?” katanya lagi.

Dalam majlis perkahwinan itu, Ayu menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dan mas kahwin RM1,888. Bagaimanapun pasangan ini merahsiakan jumlah wang hantaran kerana lebih manis diketahui oleh kedua pihak keluarga sahaja.

Bercerita tentang percutian bulan madu, Ayu dan Zaquan belum menetapkan tarikhnya kerana sibuk dengan kerja masing-masing tetapi akan memilih sebuah pulau untuk meraikan hari bahagia mereka itu.

Beralih kepada soal cahaya mata kedua-dua mereka tidak menolak untuk mempunyai anak pada bila-bila masa memandangkan suami Zaquan juga amat menyukai kanak-kanak.

Artikel Sebelum

Nia Ramadhani Hamil Anak Sulung

Artikel Berikut

Aktif 5 Terap Unsur Humor

Klik

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Artikel Lain