suria

Hot FM Perkenal Dua Deejay Baru

Dua DJ baru Hot FM iaitu Deen, 22, dan Chad, 26.
Dua DJ baru Hot FM iaitu Deen, 22, dan Chad, 26.
Dua DJ baru Hot FM iaitu Deen, 22, dan Chad, 26.

PETALING JAYA: Dua orang telah dipilih menjadi deejay Hot FM selepas beberapa bulan bersaing dalam pertandingan Hot FM Ikhwan dan Dot Dot Dot, untuk merebut peluang bergelar juruhebah di stesen radio milik Media Prima itu.

Dua deejay tersebut ialah Nordin Hj. Madian (Deen),22, dan Nur Shazrena Abd Rahim (Chad),26.

Melalui pemilihan itu, Deen diberi peluang untuk mengendalikan slot Hot FM Zon pada setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 8 malam hingga 12 tengah malam bersama-sama Chad.

Sementara deejay Ikhwan yang sebelum ini mengendalikan slot tersebut akan bersama deejay Kieran untuk mengendali slot Hot FM Jam pada setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 4 petang hingga 8 malam.

Chad berasal dari Melaka manakala Deen dari Miri, Sarawak. Kedua-duanya bertuah kerana berjaya terpilih berbanding empat pesaing terdekat mereka lain iaitu Miem, Zhana, Ryna dan Shah.

Selama beberapa minggu lalu, enam finalis itu telah melalui cabaran dengan menunjukkan bakat mereka ke udara bersama Ikhwan menerusi segmen Hot FM Zon.

Dari segi pemarkahan, 70 peratus markah diperuntukkan oleh Hot FM sementara 30 peratus lagi ditentukan oleh pengundi melalui laman Facebook.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain