suria

Arnold Curang Dengan Isteri

SEORANG wartawan telah membongkar rahsia Arnold Schwarsenegger di dalam buku penulisannya, The Governator, di mana Arnold kerap kali berlaku curang dengan isterinya, Maria Shriver.

Dalam buku tersebut, Arnold dikatakan telah menghabiskan masa selama dua jam di sebuah bilik rumah agam Playboy.

Menurut wartawan tersebut yang bernama Ian Halperin, berkemungkinan besar, pemilik Playboy, Hugh Hefner, memiliki pita video hubungan intim antara Arnold dan seorang wanita dalam bilik tersebut.

Halperin juga menyatakan dalam buku tersebut dengan memberi gambaran seorang penerbit wanita pernah berjumpa dengan Arnold di sebuah bar di Santa Monica pada tahun 2006.

Seorang lagi wanita yang enggan memberitahu identitinya berkata: "Saya terkejut kerana dia sudahpun berkahwin dan dia kerap kali mengajak saya balik ke rumahnya.

"Dia memujuk saya dan rakan-rakan lain dengan memberi alkohol serta memberi isyarat lucah," katanya.

Beberapa bulan kemudian, wanita itu telah menghadiri sebuah parti Playboy di rumah agam tersebut dan Arnold turut menghadirinya.

Wanita itu melihat Arnold telah membawa masuk seorang model Playboy ke sebuah bilik selama dua jam.

"Saya percaya, Hefner pasti meletakkan kamera litar tertutup (CCTV) untuk tujuan keselamatan bagi setiap bilik rumah agam itu.

"Saya harap video itu tersebar dan isterinya dapat melihat perbuatan suaminya itu," kata wanita itu lagi

Artikel Berikut

Artikel Lain