suria

Gandingan Penyampai, Penyanyi Untuk Album Raya Hot FM

KUALA LUMPUR: Stesen radio Hot FM dengan kerjasama PMP Artist Management Sdn Bhd, Astro dan Mongkey Bone telah menghasilkan sebuah album raya berjudul Hangatnya Raya yang kini sudah berada di pasaran.

Album yang mengandungi enam buah lagu baru ini dinyanyikan oleh penyampai-penyampai Hot FM yang digandingkan bersama barisan penyanyi popular masa kini.

Antara gandingan yang terdapat dalam album ini ialah daripada Faizal Ismail, Faizal Tahir dan Shahir dalam lagu berjudul Tiba. Manakala Fara Fauzana, Leya, Stacy dan Shila OIAM merancakkan suasana dengan lagu berjudul Bunga Api Di hati.

Sementara itu, gabungan irama rap daripada Ikhwan bersama penyanyi popular Mawi, Kieran dan Tomok dengan lagu Rindu Yang Telah Pergi dan Hanya Kerana Cinta. Turut menyerikan album Hangatnya Raya ini adalah nyanyian beramai-ramai melalui lagu Salam Lebaran.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Radio Media Prima, Seelan Paul, kehadiran album dan lagu-lagu raya ini adalah sekadar menyerikan musim perayaan yang bakal tiba.

"Kehadiran album baru ini bukan untuk bersaing dengan mana-mana lagu raya yang sedia ada tetapi sekadar menambah warna ke musim perayaan kali ini.

"Hot FM berterima kasih kepada PMP, Astro dan Mongkey Bone atas realisasinya kolaborasi ini. Kerjasama pelbagai jenama ini khas buat semua penggemar lagu raya, khususnya pendengar Hot FM,"ujarnya.

Dalam pada itu, Album ini juga boleh dijadikan sebagai kenangan yang dapat disimpan, apatah lagi mengabadikan suara penyampai radio, Anne sebelum dia meninggalkan Hot FM.

Album Hangatnya Raya ini sudah berada di pasaran dan boleh dimuat turun secara digital boleh didapati melalui rangkaian Maxis. Selain itu juga muzik Video enam buah lagu ini akan berada dipasaran tidak lama lagi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain