Saga Twilight Saga Raih Sebelas Anugerah - Hiburan | mStar

Saga Twilight Saga Raih Sebelas Anugerah

Taylor Lautner (kiri) dan Kristen Stewart ketika dalam satu babak filem, The Twilight Saga: Eclipse. - Foto AP
Taylor Lautner (kiri) dan Kristen Stewart ketika dalam satu babak filem, The Twilight Saga: Eclipse. - Foto AP

FILEM berjudul The Twilight Saga: Eclipse, meraih 11 anugerah pada Anugerah Teen Choice tahun ini.

Pelakon Robert Pattinson, Kristen Stewart, dan Taylor Lautner adalah pemenang terbesar upacara yang di adakan pada Ahad lalu.

Lautner, yang merupakan serigala jadian dalam filem itu berjaya merangkul anugerah The Choice Fantasy: Movie Actor dan The Choice Male: Hottie.

Pattinson pula berjaya mendapat anugerah Choice Summer Movie Star: Male manakala Kristian memenangi anugerah Choice Summer Movie Star: Female.

Filem The Twilight Saga: Eclipse berdasarkan novel berjudul Eclipse oleh Stephenie Meyer pada 2007. Filem percintaan puntianak tersebut digemari oleh para penonton dari seluruh dunia.

Sementara itu, siri televisyen Vampire Diaries memenangi tujuh anugerah.

Kira-kira 85 juta remaja mengundi bintang kesayangan mereka di televisyen, filem, sukan, muzik, dan fesyen dalam The Teen Choice Awards.

Artikel Sebelum

Priyanka Chopra Dilantik Duta UNICEF

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Rakyat Pahang terima Sultan baharu