suria

Katy Perry Nak Jadi Lesbian Jika Tunang Curang

TERLUKA kerana cinta boleh membuatkan seseorang berasa kecewa dan melakukan tindakan di luar jangkaan.

Itu yang bakal terjadi kepada penyanyi cantik Katy Perry. Dia mengaku akan menjadi seorang lesbian sejati seandai tunangannya, Russell Brand, berlaku curang.

Perry yang bertunang dengan aktor berusia 34 tahun itu memberitahu bahawa dia masih punya perasaan terhadap wanita.

"Saya memiliki perasaan khusus kepada wanita... Jika dia mengecewakan saya, lebih baik saja berpaling kepada mereka (jadi lesbian). Saya melihat beberapa wanita masuk ke dalam ruangan, mereka sangat cantik dan rasanya seperti ingin mencium mereka'. Ya seperti itulah," ujar Perry kepada akhbar Daily Star.

Berbicara mengenai tunangannya, Perry seperti dipetik Splash News memberitahu, "Dia memberikan saya hadiah di Malam Krismas, terasa seperti anak kecil sambil menggeliatkan kaki di dalam selimut kerana esok adalah hari paling gembira buatku,".

Artikel Lain