suria

Amitabh Bachchan Dapat 'Anugerah Seumur Hidup' di Anugerah Apsara Ke-5

BINTANG Bollywood, Amitabh Bachchan telah dianugerahkan Anugerah Pencapaian Seumur Hidup oleh Persatuan Penerbit TV dan Filem di Anugerah Chevrolet Apsara Ke-5, kelmarin.

Majlis gilang-gemilang yang dihoskan oleh aktres Preity Zinta dan model/aktor Arjun Rampal itu diadakan untuk meraikan produksi televisyen dan filem di Bollywood.

Sebanyak 31 anugerah termasuk lima anugerah untuk televisyen dan 23 anugerah untuk kategori filem disampaikan selain tiga anugerah khas. Majlis turut diserikan dengan persembahan daripada Shah Rukh Khan, Kareena Kapoor dan Vivek Oberoi.

Artikel Lain