suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terlalu Terkenal, Angelina Jolie Tidak Dipilih Menjadi Model

TERKENAL dengan nama besar kadangkala bukanlah sesuatu yang menguntungkan. Gara-gara terlalu terkenal Angelina Jolie tidak lagi menjadi model kepada sebuah jenama fesyen pakaian terkemuka, St John.

Sejak tahun 2005, Jolie telah menjadi penghias bagi pakaian-pakaian jenama fesyen itu. Ketika itu dia menggantikan supermodel popular yang berasal daripada Brazil, Gisele Bundchen.

Namun pada tahun 2010 merupakan tahun yang tidak bertuah bagi Jolie kerana dia terpaksa melepas jenama pakaian tersebut kepada orang lain akibat dari popularitinya yang semakin meningkat.

Bos dari jenama fesyen terkemuka itu telah menganggap nama Jolie terlalu besar sehinggakan menenggelamkan nama jenama pakaian St. John itu sendiri.

Hal itu telah merugikan pihak jenama pakaian terkemuka tersebut kerana dikatakan telah berada di bawah populariti ibu yang mempunyai enam anak itu.

"Kita mahu membersihkan diri dari artis dan model-model yang terlalu popular yang boleh menjejaskan nama jenama fesyen kita sendiri," ujar Glenn McMahon, bos kepada St. John, seperti dipetik dari Female First.

Artikel Lain